Home Berita PAS Kelantan

Teknologi dron tingkatkan hasil padi di Kelantan

125
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

PASIR PUTEH, 21 Sept: Bagi meningkatkan pengeluaran padi dan keupayaan tenaga pesawah, Kerajaan Kelantan melalui Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) memperkenalkan Al-Falah Drone Darul Naim (AFDOL) yang berperanan memberi pendedahan dan khidmat nasihat kepada pengusaha dron pertanian tempatan terutama petani serta anak muda yang berminat menjadi pilot bertauliah dron pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Biotechnologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kepentingan teknologi digital dalam pertanian sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan ke arah pengembangan Revoluis Industri (IR 4.0) dalam sektor pertanian.

Beliau merasmikan program Demonstrasi Pengendalian Dron Pertanian ‘Agriculture Drone Pilot (ADP)’ anjuran bersama Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dan Kolej Komuniti Sabak Bernam di Baruh Merdeka Kampung Jelor, hari ini.

Sesi taklimat ringkas tentang teknik dan tatacara pengendalian dron serta peraturannya sepertimana ketetapan Jabatan Penerbangan Awam Negara (JPAN) disampaikan oleh Mohamed Rizal Muhd Tayab Pegawai Perhubungan Awam Kolej Komuniti Sabak Bernam yang juga pakar dron pertanian negara.

Sesi taklimat itu dihadiri pelajar Politeknik Kota Bharu dan pesawah kawasan sekitar yang menggunakan dron dalam operasi penanaman padi.

Turut hadir memberi khidmat nasihat ialah Pensyarah fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Roshdi Hassan.