Home Berita PAS Wilayah

PAS Seputeh agih 250 bungkus nasi ayam untuk asnaf, B40  

11
SHARE

Oleh DHIYA’ MUTTMAINNAH

 

BATU, 22Sept: PAS Kawasan Seputeh dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Desa telah mengagihkan 250 bungkus nasi ayam kepada golongan asnaf dan B40 di Taman Desa 16 September lalu.

Hidangan tersebut adalah hasil gotong-royong penduduk setempat sempena Sambutan Hari Malaysia bertujuan menyatupadukan masyarakat setempat.

Pada malamnya, penduduk setempat turut bersama-sama mengadakan solat hajat, tahlil arwah dan doa selamat.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Seputeh, Nor Azmi Mohamed, Ketua PAS Cawangan Taman Desa, Azizi Safie dan Pengerusi Surau Al-Hidayah Taman Desa, Hassan Talib.

Menurut Nor Azmi, aktiviti bersama penduduk setempat tersebut secara tidak langsung mengeratkan hubungan kejiranan antara penduduk disamping mengambil maklum terhadap keadaan jiran tertangga.

“Agihan juadah makanan tengahari percuma ini juga merupakan aktiviti mingguan kita selain bantuan bakul makanan yang akan disalurkan kepada golongan memerlukan bergantung kepada peruntukan yang ada,” tambah beliau.