Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tegas dan berhikmah urus komuniti LGBT

66
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

TEGAS DAN BERHIKMAH URUS KOMUNITI LGBT

Komunti LGBT jika diteliti dengan mendalam, merupakan komuniti yang kian membarah dalam negara. Sejak beberapa tahun lalu pelbagai tuntutan yang dilakukan bagi tujuan mengiktiraf kewujudan mereka.

Pada tahun 2018, JAKIM pernah mendedahkan bahawa populasi komuniti gay direkodkan seramai 310,000 iaitu meningkat hampir 100% berbanding 2013 seramai 173,000. Manakala golongan transgender meningkat kepada 30,000 individu berbanding 10,000 pada tahun 1998.

PAS melihat pergerakan komuniti LGBT mesti dipandang serius dengan tindakan yang tegas dan berhemah. Oleh kerana itu, PAS menyokong penuh keputusan Mesyuarat Khas Task Force Menangani Isu LGBT semalam yang akan melaksanakan tindakan tegas bagi menangani isu promosi gaya hidup LGBT termasuklah penghinaan kepada agama.

Asasnya kita dapat lihat bahawa, kesan perbuatan luar tabii ini sangat besar. Kadar kes HIV yang melibatkan golongan LGBT meningkat dengan mendadak setiap tahun. Sebanyak 1697 kes direkodkan pada tahun 2017 berbanding 63 kes pada tahun 2000. Sebagai tambahan, rekod menunjukkan bahawa jangkitan HIV ini sebahagian besarnya berpunca daripada golongan heterosekual iaitu sebanyak 42 peratus. Manakala golongan homoseksual dan biseksual sebanyak 36 peratus sebagai penyumbang kedua jangkitan HIV.

Kerajaan Persekutuan konsisten menolak sebarang langkah mempromosikan hak asasi golongan LGBT. Melalui Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dengan tegasnya telah menyatakan sebelum ini bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam menolak dasar Amerika Syarikat yang ingin mempromosikan LGBT ke seluruh dunia.

Selain itu, JAKIM mengadakan program-program khidmat masyarakat bagi menyantuni golongan LGBT supaya kembali kepada fitrah. Aktiviti Mukhayyam yang menyediakan kelas pengajian al-Quran dan usrah sebagai kaedah bimbingan agama kepada mereka.

Kita tidak mahu berulang kembali sejarah hitam 22 bulan PH memegang tampuk pentadbiran negara. LGBT semakin berani bergerak dan membiak dek kerana PH memberikan seluas-luasnya kebebasan golongan LBGT bergerak atas dasar perjuangan hak asasi.

PAS berharap task force yang diwujudkan bergerak dengan tegas dan berhemah menguruskan komuniti LGBT. Kerjasama seluruh rakyat Malaysia sangat penting bagi menjayakan penghapusan golongan LGBT dalam negara.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

Kamaruzaman Mohamad
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442

#PelantindakanSosialIslam
#GayPrideMonth
#SejahteraBersamaIslam
#JAKIM