Home Berita PAS Selangor

Kunjungan DHPP Kota Raja sempena hari bapa – Ketua DHPP Kota Raja

15
SHARE

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kota Raja | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja mengambil peluang sempena Sambutan Hari Bapa untuk menyantuni beberapa individu bergelar bapa bagi menghargai jasa mereka.

Ketua DHPP Kota Raja iaitu Cikgu Rajan Manikesavan yang juga merupakan Naib Ketua DHPP Negeri Selangor turun sendiri bertemu mereka disekitar kawasan Kota Raja.

Menurut beliau, “kami senantiasa mendoakan agar semua golongan bapa diberi kekuatan dari segi fizikal, mental dan dijauhi pandemik COVID-19 serta berjaya membentuk keluarga yang harmoni”.

“Kami juga menyeru agar kempen dari pihak kerajaan bagi memastikan setiap ahli keluarga mendaftar suntikan vaksin melalui ‘My Sejahtera’ dapat dilaksanakan dan disahut oleh semua pihak” ujar beliau lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor