Home Berita PAS Sarawak

“Cikgu Semah” dalam kenangan

44
SHARE
“Cikgu Semah” atau nama sebenarnya Hasmah Bin Engai merupakan tokoh guru PASTI Sarawak bagi tahun 2015/2016. Beliau mula berkhidmat sebagai Muallimah di Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) Negeri Johor pada tahun 2000 .
Beliau yang merupakan anak jati Sarawak pulang semula ke negeri kelahirannya pada tahun 2012 setelah suaminya menamatkan perkhidmatan sebagai Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Disebabkan minat yang mendalam terhadap dunia pendidikan, beliau menyambung perkhidmatannya sebagai Muallimah pula di PASTI Kawasan Petra Jaya, Kuching bermula tahun 2013 sehingga kini.
Cikgu Semah adalah seorang yang sangat tegas, komited dan penyayang. Walaupun beliau agak berusia berbanding guru PASTI Sarawak yang lain, beliau tidak kekok untuk membimbing dan sentiasa menjadi tempat rujukan guru khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran di PASTI.
Beliau juga sentiasa disenangi orang rakan-rakan muallimah yang lain serta disayangi oleh anak muridnya. Beliau juga akrab dan disegani ibubapa anak-anak PASTI di tempat beliau berkhidmat.
Diatas kepakaran dan pengalaman beliau bersama PASTI selama ini, beliau telah dilantik sebagai Jurulatih Utama bagi Unit Latihan Perguruan PASTI Sarawak bermula tahun 2014.
Beliau terlibat secara langsung dalam siri-siri latihan perguruan dibawah Institut Latihan Guru PASTI Malaysia( ILPPM ) Cawangan Sarawak bermula 2014 sehingga kini.
Jasa, pengorbanan dan keikhlasan beliau sebagai pendidik anak-anak PASTI harus dipuji dan menjadi contoh buat kita semua. Semangat dan komitmen beliau tarhadap PASTI Sarawak pasti menjadi satu kenangan buat kita dan amal jariah buat beliau untuk bertemu Allah kelak.
Semoga Allahyarhamah Hasmah Bin Sengai atau “Cikgu Semah” damai di sana dan ditempatkan bersama Nabi SAW, para sahabat, para solehin, dan kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.
Al-fatihah
Arkib:
PASTI Sarawak 2021
13 Dzulkaedah 1442 H
24 Jun 2021