Home Berita PAS Johor

Taujihat Pesuruhjaya PAS Johor: Perjuangan menuntut pengorbanan

44
SHARE

JOHOR BAHRU, 12 Jul : Himpunan Jentera Pilihanraya anjuran Dewan Ulama PAS Negeri Johor telah diadakan baru-baru ini secara atas talian dengan disertai oleh wakil-wakil penggerak Dewan Ulama PAS Kawasan seluruh Johor.

Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin dalam ucapan taujihatnya, antara isi yang disampaikan telah mengingatkan kepada semua pimpinan untuk sentiasa menguatkan diri ahli-ahli PAS dengan kerohanian melalui penganjuran program dan sebagainya

“Antara peranan penting yang perlu ditekankan oleh para Ulama’ adalah dengan menyemarakkan semangat pengorbanan harta benda untuk menyerlahkan Islam kerana ianya dapat memberi contoh yang terbaik dalam perjuangan Islam.

“Selain dari itu perlu juga memperkuatkan kerohanian ahli PAS untuk mendepani segala cabaran, dengan diadakan program-program bersifat kerohanian yang juga perlu dipertingkatkan” kata beliau.

“Zaman fitnah ini memberi cabaran yang besar buat umat Islam” tambah beliau lagi.

Dalam majlis itu juga beliau telah menyempurnakan Pelancaran Kupon bagi dana PRU15 Dewan Ulama PAS Negeri Johor.