Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Lupus Hutang Peneroka: Berita gembira buat anak-anak

44
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atas pelupusan sebahagian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berjumlah RM8.3 billion.

Walaupun di Wilayah Persekutuan hanya terdapat pejabat FELDA dan tiada tanah yang diisytiharkan di bawah kelolaan FELDA, namun di sini terdapat ramai anak-anak peneroka FELDA yang mencari rezeki, bahkan ramai yang telah bermastautin.

Pelupusan hutang berkenaan semestinya suatu berita gembira juga buat mereka dan seluruh keluarga. Semoga ianya dapat membantu peneroka FELDA dan anak-anak mereka terutamanya dalam menghadapi kekangan kewangan yang mencabar ketika ini.

Siiru ‘ala barakatillah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
12 Julai 2021 l 2 Zulhijjah 1442H