Home Berita PAS Kelantan

Taman Awam Bukit Gedombak 80 peratus siap

193
SHARE

PASIR PUTEH, 24 Oktober: Projek pembinaan Taman Awam Bukit Gedombak sehingga tempoh 19 Oktober telah mencapai 80 peratus siap.

“Antara kerja-kerja yang sedang berlangsung sekarang ialah mengepam keluar air takungan di tapak kawasan, meratakan tanah, kerja konkrit dan kerja pemasangan bagi wall climbing, palyground bridge dan kincir angin.”

Demikian menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, Ahmad Adlee Yasin yang mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi semalam.

Menurutnya juga, projek yang membabitkan kos RM6.57 juta daripada Jabatan Landskap Negara (JLN) itu bakal memberi kemudahan tempat rekreasi kepada masyarakat untuk beriadah.