Home Berita PAS Melaka

Perikatan Nasional parti orang baik-baik, benci rasuah: TG Zulkifli

471
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 25 Okt : Parti gabungan Perikatan Nasional tidak akan wujud sekiranya tidak ada sekumpulan orang yang merasa jijik kepada perbuatan rasuah dan penyelewengan.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail, kerana itu aktivis parti gabungan ini harus bersyukur kerana berada di dalam parti seperti ini yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perikatan Nasional ni orang baik-baik. Dia tak ada yang Perikatan Nasional ini kalau tidak ada sekumpulan orang yang merasa jijik kepada perbuatan mengkhianati kepercayaan rakyat bagi memimpin negara dengan jujur dan amanah. Tak ada.

“Kalau tak ada golongan ini tak ada Perikatan Nasional. Tetapi oleh kerana ada orang yang macam ini, ada orang yang menerima bimbingan Allah yang mengikut naluri fitrah yang sihat,” ujar beliau.

Tuan Guru Zulkifli yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Melaka itu menambah, terdapat segolongan ahli politik yang tidak jujur menyalahgunakan kuasa apabila diberi peluang menjadi kerajaan.

“Bila orang bagi amanah laksanakan amanah. Laksanakan tanggungjawab dengan jujur. Tiba-tiba orang bagi tanggungjawab, (mereka) terlibat dengan rasuah.

“Orang bagi tanggungjawab, (mereka) nak menghapuskan Institusi Beraja. Mengarut! Kerja yang patut dibuat, (mereka) tak buat kerja yang tak patut buat dia buat! Mengarut!,” tegas beliau.

Beliau menyatakan perkara ini semasa berucap dalam Program Jelajah Prihatin Masjid Tanah dan Pelancaran Jentera Perikatan Nasional Negeri Melaka.

Majlis yang disempurnakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini berlangsung di Homestay Warisan Kampung Paya Lebar Lubuk China, di sini, pada Sabtu malam.

Turut berucap di dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakop, Timbalan Pengerusi Negeri, Datuk Seri Michael Gao Peng Lau dan Pengerusi Perhubungan Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH