Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah kepada ahli keluarga mendiang Cik Kumutha a/p Raman

413
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan penuh dukacita merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang Cik Kumutha a/p Raman yang telah meninggal dunia di ICU Hospital Putrajaya pada petang 13 Julai 2021.

Mendiang yang merupakan Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga terlibat aktif sebagai Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS.

Semasa hayat mendiang menjadi insan yang banyak berjasa kepada PAS terutamanya dalam menyampaikan mesej perpaduan antara kaum. Sebelum ini mendiang pernah bertanding di DUN Johor Jaya pada PRU-14 dan di DUN Tiram pada PRU-12 dan PRU-13.

Sesungguhnya pemergian mendiang adalah satu kehilangan yang besar buat negara terutamanya bagi PAS sendiri. Diharapkan semoga seluruh keluarga dan kenalan mendiang tetap tabah dan sabar dengan kehilangan ini.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Julai 2021 | 2 Zulhijjah 1442

#MalaysiaSejahtera #MenangBersama
#KerajaanPrihatin #MalaysiaPrihatin