Home Kenyataan Media PAS Johor

Vaksinasi : Malaysia mengatasi rekod United Kingdom (UK)

111
SHARE

Vaksinasi : Malaysia Mengatasi United Kingdom (UK)

Perkembangan terkini inisiatif kerajaan memperhebatkan usaha vaksinasi rakyat negara ini telah menunjukkan hasil yang membanggakan sehingga berjaya membuat suntikan lebih 300 ribu sehari dengan rekod lebih 11 juta dos suntikan dilakukan, 100 peratus penduduk di Putrajaya sudah didaftarkan dan 53.3 peratus telah disuntik bahkan penduduk orang asli yang tinggal di pendalaman pun sudah hampir 150 ribu telah menerima suntikan.

Statistik ini mengatasi United Kingdom (UK) sendiri yang berstatus negara maju juga merupakan negara pengeluar vaksin AstraZeneca.

Tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga kepada Kerajaan-kerajaan negeri yang telah membantu melipatgandakan keupayaan mereka termasuk menambah jumlah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Pemberian vaksin secara berfasa kini sudah hampir selesai fasa kedua iaitu untuk warga emas dan akan memasuki fasa ketiga iaitu orang awam di bawah lingkungan usia 60 tahun.

Rata-rata rakyat sudah faham tentang peri pentingnya mendapatkan suntikan vaksin dan mereka tidak sabar menunggu giliran untuk divaksinasi.

RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)
13 Julai 2021 | 3 Zulhijjah 1442H

#KitaJagaKita
#LindungiDiriLindungiSemua
#MalaysiaPrihatin
#MenangBersama