Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah kepada ahli keluarga Almarhum Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak

269
SHARE

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak yang telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 2.45 petang, 30 Mei 2021 dalam usia 82 tahun.

Semasa hayat Almarhum, Almarhum telah dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini. Almarhum juga banyak memegang jawatan penting seperti Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.

Pemergian Almarhum merupakan kehilangan yang besar kepada negara, rakyat serta Jabatan Mufti Negeri Perak khususnya.

Didoakan semoga Almarhum diberi keampunan dan rahmat serta ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
30 Mei 2021 | 18 Syawal 1442