Home Berita PAS Kedah

Adun guna siaraya bergerak sebar maklumat kerajaan

123
SHARE

YAN – Memandangkan ramai penduduk melaksanakan “Lockdown Kendiri”  kerana perintah kawalan pergerakan,  memberi ilham kepada wakil rakyat untuk sebarkan maklumat kerajaan kepada masyarakat menggunakan kaedah siaraya bergerak.

Adun sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat bersama kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Yan menggunakan kemudahan siaraya milik Jabatan penerangan bagi menghebahkan beberapa maklumat berkaitan arahan kerajaan.

Maklumnya antara misi untuk program ini ialah untuk mengingatkan masyarakat tentang 4 perkara penting dalam keadaan pandemik covid-19 yang masih tinggi iaitu  sentiasa patuhi SOP bila keluar rumah dan berada di tempat awam, pemakaian pelitup muka, kebersihan diri dan penjarakkan fizikal dalam suasana norma baharu yang mesti diamalkan.

“Aktiviti luar mesti dikurangkan dan keluar rumah hanya untuk mendapatkan bekalan barangan dapur namun tempohnya perlu disingkatkan serta dapatkan stok barangan sebolehnya untuk seminggu,” tambahnya.

Ujarnya masih ramai yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera berkemungkinan terpengaruh dengan kempen anti vaksin pihak tidak bertanggungjawab.

“ Seruan saya agar masyarakat mendapatkan maklumat tepat tentang vaksin dari pakar dan tidak terpengaruh dengan sumber yang tidak sahih. “

“Bagi individu yang sudah dipanggil, mohon hadir ke tempat pemberian vaksin dapatkan  taklimat daripada pegawai di sanan untuk menghilangkan keraguan.” Katanya.

Jesteru,  beliau mengharapkan agar masyarakat sentiasa berada di rumah bersama keluarga dan banyakkan membaca al-Quran, Solat berjamaah serta banyakkan berdoa.

Antara lokasi yang dilawati ialah  Kampung Seberang Jaya Kuala Sala, Kampung Permatang Tepi Laut, Kampung Kuala Bangka, Kampung Permatang Keramat, Kampung Bahagia, Kuala Sungai Daun dan Sungai Limau.

Turut terlibat ialah YB Ustaz Sabri Azit, Ahli Parlimen Jerai , Puan Anita Omar, Puan Zurina Saad dan Mohamad Muhaimin Mohamad daripada Jabatan Penerangan Daerah Yan serta pegawai Pusat Khidmat DUN,  Ustaz Muaaz Othman dan Shabani  Awang.

Program ini dijadualkan bergerak setiap hari dengan bantuan oleh pasukan  sukarelawan  Pejabat Penerangan Daerah Yan  serta Pusat Khidmat Wakil Rakyat untuk pendaftaran vaksin serta akan dikembangkan lagi peranannya.

“ Saya berharap semoga usaha dan ikhtiar kita akan diterima Allah dan diangkat wabak ini dengan Rahmat Allah”