Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga Saudara Omar Abdul Aziz

611
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Saudara Omar Abdul Aziz yang telah menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 5 Februari 2021, jam 1.30 petang.

Almarhum ialah Ahli PAS Kawasan Titiwangsa dan merupakan OKU yang lumpuh separuh badan. Namun kekurangan itu tidak menghalang beliau membantu gerak kerja PAS di belakang tabir terutamanya dalam kempen program-program PAS di media sosial. Terlalu besar jasa beliau dalam membantu gerak kerja Islam.

Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan Almarhum di syurga bersama dengan para solehin.

إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
5 Februari 2021 | 22 Jamadil Akhir 1442