Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Gerakan Daoyai – Musnah 1 berakhir

357
SHARE

5 FEBRUARI 1977 (SABTU)

PADA hari ini dalam tahun 1977, satu gerakan bersama dalam bidang ketenteraan di antara negara Malaysia dan Thai yang dinamakan Gerakan Daoyai – Musnah 1 telah berakhir.

Pengunduran Angkatan Tentera Malaysia dari kawasan sempadan bersama pada hari yang sama telah berjalan lancar dengan semangat keperwiraan.

Kepulangan anggota tentera telah disambut dan dialu-alukan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie di Kem 7 Renjer Malaysia di Sungai Petani, Kedah.

Gerakan bersama ini dilancarkan dengan tujuan untuk membenteras kegiatan pengganas komunis yang bebas bergerak terutama di kawasan Khao Rup Chang iaitu di Barat Sadao. Adalah dianggarkan terdapat seramai 200 hingga 300 orang pengganas menduduki kawasan ini.

Pelancaran gerakan ini telah mula dilaksanakan pada 14 Januari 1977 dengan kira-kira 4,500 orang tentera Malaysia dan Thai telibat menjayakannya. Ketua operasi Angkatan Tentera Malaysia telah diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Osman bin Mohd. Zain.

Kredit foto : Blog Jottings of Xnuripilot

Pasukan angkatan tentera yang terlibat adalah terdiri daripada pasukan Marin, Jurutera, Kereta Perang dan Unit-unit Bantuan dan ianya telah melibatkan 10 buah helikopter.

Gerakan ini telah mencapai kejayaan yang cemerlang, di mana seramai 25 orang pengganas komunis dilaporkan terbunuh dan 17 orang yang lainnya cedera.

Sesungguhnya kepulangan yang membawa erti yang besar ini telah menjadi kebanggaan dan menjaminkan lagi keselamatan kepada negara dan rakyat kedua-dua buah negara yang berjiran.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Kredit foto : Blog Jottings of Xnuripilot
Kredit foto : Blog Jottings of Xnuripilot


 

Agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN FROZEN
Hubungi Bahrum : 011-16964842