Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah atas pemergian Dr.Shahnon Ahmad

2405
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 164/35
07 Rabiul Akhir 1439/ 26 Disember 2017

TAKZIAH ATAS PEMERGIAN DR. SHAHNON AHMAD

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


1. Saya bagi pihak PAS menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada ahli keluarga dan saudara mara serta sahabat handai Allahyarham SN Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad yang telah kembali ke Rahmatillah awal pagi tadi di Hospital KPJ Kajang.

2. Pemergian Al Marhum merupakan kehilangan yang amat besar kepada negara khususnya dalam bidang kesusasteraan kerana beliau adalah seorang sasterawan yang prolifik di negara ini.

3. Al Marhum juga pernah menyumbang tenaga dan buah fikirnya kepada PAS dan juga pernah menyandang tugas sebagai Ahli Parlimen PAS bagi kawasan SIK pada tahun 1999 yang lalu.

4. Semoga Allah mengampuni dan merahmati Al Marhum serta menghimpunkan ruhnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.