Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tabung Cakna Rumah Panjang Bintulu

71 views
SHARE

Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) lancar Tabung Cakna untuk Rumah Panjang Bintulu.

Susulan dari Program Tautan Muhibbah Bumi Kenyalang, LPN DMPM membuat keputusan untuk mewujudkan Tabung Cakna utk Rumah Panjang Bintulu. Semasa program ziarah ke rumah panjang di beberapa kampung di daerah Tatau, Bintulu.

Mereka mengadu nasib mereka masih belum terbela dengan keadaan status rumah dan pampasan yang tidak memadai untuk penempatan yang baru setelah tanah serta rumah panjang mereka diambil secara meluas untuk projek Lebuhraya.

Semasa lawatan LPN DMPM, mereka juga telah mempamerkan model rumah panjang yang akan didirikan.

Bekalan air bersih juga merupakan masalah yang belum selesai bagi penghuni rumah panjang di mana mereka terpaksa mengambil bekalan air bersih di tempat yang jauh dari penempatan mereka.

Saya menyeru kepada penderma budiman untuk menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban yang sedang dihadapi oleh penduduk rumah panjang yang terlibat.

Dr Najihatussalehah binti Ahmad
Pengerusi LPN DMPM
Sessi 2017/19

? Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun *Dewan Muslimat PAS Pusat*:

? *MAYBANK: 5640 2540 0711*

? SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

*Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502*
*Puan Zurina : 014 – 306 9141*
*Saudari Zuriati : 019 – 204 9434*
*Saudari Oyeen : 019 – 590 2381*

Jazakumullah khairan katheera.

FB : https://www.facebook.com/LKKDMPM/

#KamiPrihatin
#MuslimatMemacuKemenangan
#SejahteraBersamaIslam