Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tahniah Peguam Negara Baharu

787
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Tahniah Peguam Negara Baharu

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada YA Tan Sri Idrus Harun di atas pelantikan sebagai Peguam Negara yang baharu.

Pelantikan beliau sebagai Peguam Negara yang berkredibiliti tinggi serta mempunyai pengalaman luas di dalam pelbagai posisi di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Rayuan serta Penggubal Undang-Undang merupakan keputusan yang sangat tepat.

PAS berharap YA Tan Sri Idrus Harun dapat menggalas tanggungjawab sebagai Peguam Negara dengan penuh amanah dan integriti didalam menjunjung tinggi Perlembagaan Negara.

Islam Dimartabat, Negara Berdaulat

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
7 Mac 2020 | 11 Rejab 1441