Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tahniah kepada semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020

23
SHARE

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 atas keputusan yang diperoleh.

Walaupun diuji dengan pandemik COVID-19 sehingga perlu menukar kaedah pengajaran dan pembelajaran, kalian tetap berjaya mengharungi fasa penting ini.

Semoga kalian diberikan kejayaan dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diambil. Jangan berputus asa dan teruskan usaha dalam menuntut ilmu.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.”

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
10 Jun 2021 | 29 Syawal 1442

#MalaysiaPrihatin
#PerpaduanNegara
#SejahteraBersamaIslam