Home Berita PAS Pusat

Syabas dan tahniah kepada pelajar yang telah memperoleh keputusan peperiksaan SPM

46
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pelajar yang telah memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

PAS berbangga dengan pelajar yang berjaya mengharungi SPM pada tahun 2020 walaupun terpaksa berhadapan dengan norma baharu akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.

PAS ingin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan jangan pernah lelah untuk menuntut ilmu.

Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata:

“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta.”

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

#MalaysiaPrihatin
#PerpaduanNegara
#SejahteraBersamaIslam