Home Selangor

TAHNIAH KEPADA PERDANA MENTERI KE 8

1064
SHARE

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana rahmat dan kasih sayangnya kemelut politik di negara kita akhirnya dapat diselesaikan dengan mahabbah.

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Manusia mampu merancang dengan bijak pandai tetapi perancangan Allah jauh lagi baik.

Pihak istana telah mengeluarkan kenyataan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke 8 selaras Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43(2) (a) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Firman Allah S.W.T dalam An Nisa ayat 59:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya

Saff kepimpinan DMPNS merakamkan ucapan tahniah kepada YB Tan Sri Muhyiddin bin Md Yasin di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8.

Semoga Allah memberkati dan merahmati YB Tan Sri Muhyiddin bin Md Yasin sepanjang memimpin negara sebagai Perdana Menteri.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor juga menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong memperkenan perlantikan Perdana Menteri Malaysia Ke 8 agar negara ini mempunyai kerajaan untuk membina negara menuju kesejahteraan.
Daulat Tuanku.

Ustazah Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
29 Februari 2020 | 5 Rejab 1441H. https://www.facebook.com/484677474900824/posts/2759926277375921/