Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tahniah Barisan Exco Negeri Perak yang Baru

814
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Tahniah Barisan Exco Negeri Perak yang Baru

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah atas pelantikan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang telah diperkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Barisan exco yang diketuai oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu diyakini dapat mentadbir negeri dengan lebih adil, berintegriti dan mesra rakyat.

Keyakinan dan dokongan diberikan kepada kedua-dua exco daripada PAS; YB Haji Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak merangkap ADUN Gunong Semanggol, dan YB Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin, Setiausaha Perhubungan PAS Perak merangkap ADUN Selama.

PAS berharap barisan kerajaan negeri Perak akan meneladani kepimpinan Islam yang meletakkan urusan pemerintahan mengikut petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

PAS juga berharap barisan kepimpinan baharu yang dibarisi agamawan dan profesional ini akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti demi kesejahteraan negeri Perak Darul Ridzuan.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
31 Mac 2020 | 7 Syaaban 1441