Home Artikel PAS Pahang

ADUN TAHAN terus bantu masyarakat orang asal

332
SHARE

Jerantut- 31 Mac 2020, YB Ustaz Zakhwan yang merupakan Adun Tahan terus menyalurkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan ketika tempoh PKP ini termasuk juga orang kampung dan orang asal.

Alhamdulillah, meneruskan agihan sumbangan barangan keperluan dapur kepada Pengerusi JKKK Kg. Gol, Kg. Kuala Tahan, Kg. Pagi, Kg. Kuala Sat, Orang Asal Ulu Sat, Kg. Bukit Mat Daling dan Kg. Lada untuk disampaikan kepada mereka yang terputus bekalan makanan dalam tempoh PKP ini.

Bagi JKKK Kg. Bantal, Perkampungan Orang Asal Sg. Kuching dan JKKK Kg. Gusai barang sumbangan diuruskan di sana.

Juga meluangkan masa menyantuni petugas-petugas keselamatan yang sedang melakukan kawalan lalu lintas di Simpang Kuala Tahan-Bukit Mat Daling, Simpang Jerantut Feri dan Kuala Tembeling. Terima kasih atas segala bakti pengorbanan kalian dalam usaha menyekat penularan wabak COVID-19.

Teruskan menyumbang untuk bersama-sama kami membantu golongan yang memerlukan pada waktu ini.