Home Artikel PAS Melaka

Syukur Muktamar PAS Pusat bagi Melaka dan Negeri Sembilan berjalan lancar – Asri

344
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

KOTA MELAKA, 13 Sept : Pengerusi Panatia Muktamar PAS Malaysia Kali Ke-66 bagi Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Asri Shaik Abdul Aziz petang tadi melahirkan rasa syukur kerana program ini telah berjalan dengan lancar.

Asri yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka berkata persiapan bagi menjayakan muktamar yang telah berlangsung di Hotel Sentral Melaka hari ini dilaksanakan dengan mewujudkan pelbagai portfolio bagi menyelaraskan perjalanan muktamar dalam talian ini.

 

Tambah beliau lagi, Dewan Pemuda PAS Melaka diberi tanggungjawab melalui Jabatan Amal untuk menjaga lalu lintas dan persiapan untuk menaikkan kain rentang, banting, bendera dan lain-lain di sepanjang jalan menuju ke lokasi program bermula malam tadi.

Selain itu, menurut beliau lagi, Dewan Pemuda juga diberi tugas sebagai bentara dewan bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.

“Dewan Muslimat pula ditugaskan di bahagian pendaftaran dan hiasan pentas serta dewan bagi memastikan SOP Covid-19 diikuti sepenuhnya.

“Jabatan Penerangan dan Lajnah IT PAS Melaka diberi tanggungjawab untuk menyediakan siaraya muktamar dalam talian daripada PUTIK dan seluruh Malaysia bagi berjalan dengan lancar dan sebaiknya.

“Wartawan Rakyat(WARM) pula diberi tugas untuk menyediakan laporan dan berita di sepanjang muktamar berlangsung.” Ujar beliau


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)