Home Artikel PAS Kedah

Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS

267
SHARE

BPMS adalah sebuah budaya politik yang mengutamakan kematangan semua pihak dalam membuat keputusan dan tindakan. Pendekatan ini menjadi elemen yang sangat penting dalam pembawaan pimpinan di semua peringkat terutama di dalam kerajaan.

Sebagai orang kerajaan kita tidak boleh menunding jari mencari siapa salah tetapi perlu berusaha mencari jalan penyelesaian kepada isu dan masalah yang ada.
Kita perlu menunaikan amanah dalam kerajaan berasskan prinsip yang dikehendaki Islam bukan kerana kepentingan sesiapapun mahupun berdasarkan sentimen.

Antara 7 ciri BPMS adalah:
1) Kerajaan berorentasikan dakwah amar makruf dan nahi mungkar.
2) Politik yang mengutamakan rakyat bukan pemimpin politik.
3) Pendekatan kita sebagai kerajaan adalah damai dan diplomasi
4) Tindakan kita berpaksikan kebenaran dan tidak bergantung kepada persepsi.
5) Kita perlu sentiasa rasional dan professional dalam tindakan.

Justeru, dengan kekuatan dasar, prinsip dan pendekatan BPMS ini, adalah sangat perlu kita mengukuhkan kerajaan baik di peringkat Persekutuan mahupun Negeri demi meyakinkan masyarakat bahawa hanya dengan pendekatan politik Islam sahaja dapat membawa kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, hasil muafakat yang kian kukuh, kita dapat menyaksikan barisan Exco, lantikan-lantikan politik serta para penjawat awam dapat memberi kerjasama yang baik dalam mengemudi pentadbiran kerajaan Negeri Kedah tanpa sebarang prejudis.

YB Ustaz Nurul Amin
Perwakilan Negeri Kedah

MuktamarPAS66

IslamMemperkukuhPerpaduan

PUTIK