Home Berita PAS Kedah

Sumbangan untuk Pembangunan Bola Sepak di Langkawi

65
SHARE

Oleh SHAHIRAH

LANGKAWI – PAS Kawasan Langkawi memberi sumbangan kepada pasukan bola sepak U-12, U-15 & U-18 yang akan berlangsung di Kubang Pasu pada 3 Ogos hingga 6 Ogos.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Parlimen Langkawi, Qushairi Zainol berkata Pusat Latihan bagi U-12 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka manakala Pusat Latihan bagi U-15 & U-18 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra.

“Kelihatan pelbagai aksi dan strategi digunakan bagi mencipta kemenangan disamping mengeluarkan peluh dengan aktiviti bersukan.

“Sukan bola sepak sangat dekat dengan jiwa anak muda bahkan sukan itu mampu menyatukan semua generasi muda tanpa mengira latar belakang fahaman budaya dan bangsa,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, ianya juga menjadi satu ruang PAS Kawasan Langkawi mendekati jurulatih dan pemain bola sepak dengan santai sambil menguatkan ukhuwwah antara satu sama lain.

“Tahniah diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka kerana memperolehi Johan bagi kategori U-12 dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra kerana memperolehi Johan bagi kataegori U-15 dan U-18 dalam kejohananan bola sepak MSSD Langkawi 2022,” ujarnya.