Home Berita PAS Kedah

Pesakit kanser paru-paru dapat perhatian

100
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 2 Ogos – Seorang pesakit kanser paru-paru Ismail Baharom, 68, mendapat perhatian Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz selepas beliau terlantar lebih sebulan di rumahnya di Kampung Rambutan, di sini.

Menurut anak beliau yang bernama fid, ayahnya pernah di tanduk oleh lembu peliharaannya sendiri sebelum ini.

“Kejadian itu mengakibatkan tiga tulang rusuk sebelah kanan dan satu tulang rusuk sebelah kirinya patah.

“Selepas dua minggu berlaku kejadian tersebut, Ismail mula hilang selera makan dan telah menerima pemeriksaan di hospital kerajaan,” katanya.

Hasil pemeriksaan Doktor beliau disahkan mengalami kanser paru-paru.

Ustaz Azam turut bersimpati dengan keadaan beliau dan menyampaikan sedikit sumbangan kepadanya tanda ingat.

PAS Kawasan Padang Terap sentiasa prihatin dan cakna dengan kebajikan masyarakat di sekitar Padang Terap.