Home Berita PAS Kelantan

Sumbangan Ramadan oleh PAS Cawangan Dewan Beta

50
SHARE

2 Mei 2021 – Sempena 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Pas Cawangan Dewan Beta telah menyampaikan sumbangan/zakat kepada 102 penerima yg terdiri dari ibu tunggal, orang sakit kronik, anak yatim. Setiap penerima diberikan sekotak kurma yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian dan duit rm 100 hasil sumbangan/zakat individu, RR Mini Market dan NGO Ummah Prihatin KB. Penyampaian secara pandu lalu itu bermula jam 9 pagi dan berakhir kira2 sejam kemudian. Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Cikgu Nuri sebagai pengerusi NGO Ummah Prihatin KB.

Menurut Penghulu Mukim Dewan Mohd Noor program sumbangan ini adalah acara tahunan namun kali ini digabungkan dengan beberapa sumbangan pihak lain. Program berjalan lancar dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Semoga Allah membalas sumbangan para penderma dengan balasan yang setimpal dan melimpahkan rezeki yang berganda.