Home Berita PAS Melaka

Pertahankan ikatan, kukuhkan muafakat – YDP PAS Alor Gajah

97
SHARE

Oleh AL-ANSARI

ALOR GAJAH, 3 Mei : “PAS tidak pernah berganjak malah sentiasa konsisten dengan tema Pertahankan Perikatan Nasional (PN) dan Perkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

“Allah menyeru kita sebagai umat Islam untuk berdamai dan bersatu seperti mana ayat dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke-10 yang bermaksud, ‘sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

“Inilah masanya untuk kita kembali bersatu apabila kita sedar perbalahan antara kita hanya akan menguntungkan musuh yang mana kita telah laluinya selama 22 bulan sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Banyak kerosakan yang merugikan Islam yang terpaksa kita terima pada ketika itu dan apabila kita mengambil keputusan untuk bersatu, kita berjaya mengambil alih kembali pentadbiran negara.

“Pada awalnya kesatuan ini tercetus dengan pembentukan MN dan seterusnya dikuatkan lagi bersama PN sehingga musuh berasa terancam dengan perpaduan ummah ini”.

Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika sesi wawancara semasa Program Iftar dan Infaq anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah bersama PAS Kawasan Alor Gajah di Durian Tunggal kelmarin.

Dalam program tersebut wakil dari Umno Bahagian Alor Gajah, Datuk Senator Ismail Ibrahim dan Setiausaha Bersatu Bahagian Alor Gajah, Alias Ahmad hadir bagi memeriahkan majlis.

“Nabi pernah bersabda dalam Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud sesungguhnya seorang Mukmin bagi seorang Mukmin yang lain adalah seperti satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.

“Oleh itu setiap daripada kita, PAS, BN dan Bersatu bersatu dan memainkan peranan masing-masing dengan mendaulatkan perintah Allah dengan mengamalkan makruf dan menolak kemungkaran,” tambah Ustaz Syahbudin lagi.

Tegas beliau, sedangkan lidah lagi tergigit, apabila kita berselisih faham bersangka baiklah antara kita.

Dalam majlis itu, Ustaz Syahbudin telah menyampaikan beberapa bantuan berupa kit makanan, beras dan sedikit wang tunai kepada lebih 100 orang penerima.

Penerima terdiri daripada guru-guru PASTI, pelajar sekolah, murabbitun dan asnaf di seluruh DUN di Parlimen Alor Gajah.

Salah seorang penerima yang tidak mahu dikenali mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana dengan bantuan ini sedikit sebanyak telah mengurangkan beban beliau tatkala menghadapi kesukaran sewaktu pandemik ini.

Turut hadir dalam program tersebut, Pengarah Program merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah, Khanapiah Nor, Pengarah Jabatan Pilihan Raya DUN (JPrD) Durian Tunggal, Azman Ahmat dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah, Rosela Alwi.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .