Home Artikel PAS Melaka

Sumbangan Makanan ‘Stay At Home’ Kepada Penduduk Pantai Belimbing

323
SHARE

Oleh : AHMAD KAUTSAR MD ALI

DURIAN TUNGGAL : Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Durian Tunggal telah mengedarkan sumbangan makanan kepada penduduk sekitar Kampung Pantai Belimbing di sini, semalam.

Menurut Pengarah JPrD PAS Durian Tunggal, Azman Ahmad seramai 10 orang menerima barangan asas keperluan makanan seperti beras, bawang, ikan bilis, kicap, gula dan lain-lain lagi.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada menyumbang yang menghulurkan bantuan makanan dan tidak lupa juga kepada para petugas telah membantu mengagihkan barang-barang tersebut.

“Memandangkan bulan Ramadhan bakal tiba,penerima dapat membuat persediaan dan dilindungi Allah SWT daripada wabak Covid-19” ujar beliau kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) seusai program.