Home Artikel PAS Melaka

Pemuda PAS Jasin Edar Sumbangan Prihatin Rakyat Terjejas Kerana Covid-19

386
SHARE

Oleh : ABU FADHIL

JASIN : Pemuda PAS Kawasan Jasin telah mengedarkan sumbangan keperluan makanan harian kepada golongan asnaf yang terjejas disebabkan Covid-19 di sini semalam.

Menurut Pengarah Program, Ustaz Mohamed Fauzee bin Mohamad sumbangan ini melibatkan golongan asnaf dan rakyat yang terputus bekalan makanan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Fauzee yang juga Komander AMAL Jasin menambah pengedaran ini melibatkan beberapa lokasi iaitu Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Menurut Fauzee lagi, program ini merupakan fasa kedua dalam rangka program Pemuda PAS Kawasan Jasin membantu orang ramai yang terkesan akibat wabak Covid-19 ini.

Turut hadir di dalam program ini ialah Setiausaha Pemuda PAS Kawasan Jasin Muiz Abd Rahman Ketua ARC & DACS Jasin Azuan Aziz dan beberapa orang lagi pimpinan pemuda.