Home Berita PAS Kedah

Sumbangan luar biasa rakyat kedah pada palestine

324
SHARE

Oleh AZIZAH AKHILAH

KOTA SARANG SEMUT, 18 Mei : Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah berjaya mengumpulkan kutipan melebihi satu juta melalui tabung derma jihad Palestin berikutan serangan rejim Zionis ke atas bumi Palestin.

YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah berkata kutipan yang dilancarkan pada 2 syawal berjaya dikutip sebanyak RM 1,571,367.10 dalam tempoh lima hari sahaja, Ini menunjukkan Kesungguhan yang sungguh luar biasa walau pun dalam suasana PKP pandemik covid 19 serta suasana berhari raya namun tidak menghalang kutipan derma jihad Palestine ini digerakkan atas rasa mara,keperihatinan dan kemanusiaan bagi membantu rakyat palestine.

Majlis sumbangan derma jihad Palestine fasa pertama ini diadakan di Kompleks pentadbiran PAS Negeri Kedah dengan kehadiran wakil dewan dewan dan PAS Kawasan turut dihadiri oleh YAB Tn Hj Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah serta kepimpinan harian PAS Negeri.

YAB Tn Hj Muhammad Sanusi turut menyumbang sebanyak RM 160,000.00 termasuk wang hasil bidaan kereta Volvo XC60 milik beliau untuk tabung jihad Palestine.

”Kesedaran membantu ini satu respon dari tindakkan kekejaman rejim zionis, Allah bukan sahaja menguji rakyat Palestine tetapi semua umat Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baling yang kaya jiwa walau pun miskin harta tapi mempunyai jiwa yang kaya  menyumbang sebanyak RM 173,390.90 untuk tabung palestine”. ujar Muhammad Sanusi sewaktu sidang media yang diadakan.