Home Berita PAS Kedah

PAS Kedah sumbang RM1.57 juta untuk tabung Palestin

593
SHARE

ALOR SETAR- Solidariti saudara seagama di Palestiin yang ditindas Zionis Israel menjadi momentum “Derma Jihad” yang dilancarkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah beberapa hari yang lalu.

Kutipan derma fasa satu Derma Jihad Palestin PAS Kedah mencecah lebih RM1.57 juta dengan PAS Kawasan Baling mengungguli senarai kutipan berjumlah RM173,039.90 diikuti dengan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (RM160,000) dan PAS Kawasan Merbok(RM157,122.00).

Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya dalam ucapan aluannya berkata, sumbangan ini adalah bukti kesungguhan amilin PAS di Kedah untuk bersama berkorban harta demi kecintaan kepada saudara yang berjuang mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan menentang regim Zionis di Palestin.

” Kesemua sumbangan ini akan disalurkan ke Tabung Malaysia Aid4Palestin anjuran PAS Relief dan gabungan NGO-ngo Malaysia selewat-lewatnya esok.” katanya dalam majlis ringkas penerimaan sumbangan Derma Jihad Palestin PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.

Ujarnya ” Dewan Harian pada awalnya hanya mensasarkan kutipan sekitar RM100 ribu sahaja memandangkan suasana muram rakyat yang terpaksa menyambut Ramadan dan Hari Raya dalam tempoh PKP di negeri Kedah.”

Beliau akui agak terkejut dan teruja dengan respon yang diberi di mana semua PAS kawasan berebut-rebut seolah berlumba untuk mendapat kutipan yang tertinggi.

” Inilah semangat amilin yang dinukilkan dalam Al-Quran iaitu ” Fastabiqui Khairat (berlumba-lumba dalam membuat kebajikan).” tambahnya lagi.

Dalam majlis yang sama, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan pemenang bidaan bagi lelongan kereta Volvo XC60 3.0 T6 miliknya dengan harga RM150 ribu. Kesemua hasil jualan turut dimasukkan ke dalam Tabung Aid4Palestine menjadikan beliau penyumbang individu tertinggi berjumlah RM160 ribu. RM10 ribu adalah sumbangan tunai pada hari pelancaran program ini.