Home Berita PAS Kedah

Kecintaan terhadap agama perlu atasi segalanya

550
SHARE

ALOR SETAR, 18 Mei – Kecintaan terhadap harta benda tidak harus menjadi penghalang untuk pengorban kepada agama dan ianya perlu dibuktikan.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor mengulas tindakannya menyumbang kereta Volvo XC60 3.0 T6 miliknya untuk dibida bagi disalurkan ke tabung Aid4Palestine.

Kereta tersebut dibuka bidaan dengan harga RM55 ribu dibeli dengan harga RM150 ribu oleh Ustaz Yaakub Yusra,  Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD).

“Pagi ni ramai lagi yang bertanya tentang bidaan dan ada yang mintak kurang dan ada jugak yang meletakkan harga lebih tinggi namun saya sudah tetapkan tempoh bidaan hanya setakat jam 10 pagi maka Ustaz Yaakub Yusra adalah pemenangnya.” katanya.

” Saya harap selepas ini ramai lagi yang tampil untuk melelong barangan peribadi, yang ada sentimental value untuk disumbangkan dan ada yang nak sumbang keris warisan dan motosikal untuk tujuan amal ini.” tambahnya lagi.

Beliau menyampaikan ucapan tersebut dalam majlis serahan sumbangan Derma Jihad Palestin PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.

Terdahulu dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri Kedah antara yang terawal menyahut seruan untuk memyumbang sebanyak RM200 ribu ke Tabung Aid4Palestine anjuran PAS Relief dan gabungan NGO Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel.