Home Berita PAS Kelantan

Sumbangan Laptop dan peralatan kepada Team Vektor & Survelan PKD Kuala Krai

10
SHARE

KUALA KRAI, 14 Sept: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman menyampaikan sumbangan beberapa peralatan termasuk 2 unit laptop, 2 unit printer, 2 unit HP dan lain-lain kepada Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Krai.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil Abdul Latiff, Zamri Jusoh di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai.

Abdul Latiff berkata, peralatan tersebut akan digunakan oleh team survelan PKD bagi memudahkan tugasan mereka di lapangan dan data-data yang diperolehi direkodkan terus ke dalam laptop dan maklumat yang diambil dimasukkan terus ke dalam sistem maklumat pesakit atau kontak rapat.

“HP pula bagi menghubungi pesakit yang dikuarantin dirumah untuk memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik. Sekiranya kesihatan mereka merosot mereka boleh menghubungi nombor hp yang diberikan yang dipegang oleh pegawai yang bertugas secara giliran dan boleh dihubungi bila bila masa sekiranya terdapat sebarang keperluan”.

Peralatan yang diserahkan ini telah digunakan oleh pihak PKD yang turun pada sebelah petang hari penyerahan peralatan tersebut ke Kampung Bahagia dengan tujuan se[erti di atas.

Abdul Latiff berharap semoga sumbangan ini bermanfaat dan dapat membantu pihak PKD.