Home Berita PAS Kelantan

Kerja-kerja menurap jalan di Dabong selesai

8
SHARE

KUALA KRAI, 14 Sept: Kerja-kerja penurapan jalan di Dabong telah siap dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman memberitahu bahawa ketika lawatan beliau ke Dabong baru-baru ini, beliau telah mendapat aduan daripada penduduk berkaitan dengan jalan sekitar Kona S yang rosak dan perlu membina beberapa laluan kalbok.

“AlhamdulilLah, semalam saya dimaklumkan oleh #TeamKRAiTiFF bahawa kerja-kerja sebagaimana yang dipohon telah siap dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada pengguna”.