Home Berita PAS Johor

Sumbangan katil elektrik untuk pesakit saraf

171
SHARE

Oleh: Hafsah AR

21 Julai, Tebrau – Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tebrau telah menyampaikan kutipan ahli PAS Kawasan dan masyarakat yang prihatin berupa katil elektrik perubatan kepada pesakit saraf di Taman Kota Masai, semalam.

Penerima sumbangan katil tersebut, Suliah Aman yang merupakan ibu tunggal telah terlantar akibat masalah saraf sejak dua tahun yang lalu.

Menurut anak Suliah yang menjaga ibunya, sumbangan ini sangat bermakna kerana kudratnya sebagai anak perempuan sangat terbatas dalam menguruskan ibunya.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tebrau, Nor Fazielah Yaakub. Turut hadir Ketua Muslimat Cawangan Taman Kota Masai (1) Musridawati Mursyid.

PAS Kawasan Tebrau masih membuka uncang sumbangan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (01087010068909) atas nama Kelab Kebajikan Anak Tebrau.