Home Artikel PAS Johor

Sumbangan Duit Raya untuk Gelandangan Sekitar Johor Bahru

602
SHARE

Sumbangan Duit Raya untuk Gelandangan Sekitar Johor Bahru

Pulai : Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulai hari ini menghulurkan sumbangan Duit Raya kepada gelandangan sekitar Johor Bahru bagi meraikan sama mereka  sempena Aidilfitri ini.

I Pada program tersebut, petugas DPP Pulai bersama anak muda Pulai telah mengagihkan duit raya dan keperluan peribadi kepada gelandangan di sekitar JB Sentral dan kawasan sekitarnya bermula jam 11.00 malam sehingga selesai.

Seramai 10 orang petugas DPP Pulai bersama-sama 6 orang anak muda daripada parlimen Pulai telah turut serta dalam program tersebut.

Program bermula dengan sedikit penerangan ringkas berkenaan program serta bacaan doa semoga perjalanan program berjalan dengan lancar dan selamat.

Turut hadir di dalam program tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Pulai, Ustaz Muhamad Nazrin Bin Ihsan dan diiringi oleh Ketua Pemuda DPP Pulai, Saudara Mohd Ridhwan Bin Salamun.

Program ini disambut baik oleh semua penerima-penerima bantuan dan mereka berasa gembira serta berterima kasih diatas bantuan yang telah dihulurkan.

Program ini dibuat sedikit berbeza daripada program-program sebelum ini. Biasanya sukarelawan akan mengagihkan bantuan makanan dan barangan kepada para gelandangan.

Hakikatnya, mutakhir ini banyak berlaku pembaziran keatas barangan sumbangan tersebut kerana rata-rata sukarelawan daripada agensi yang lain juga memberikan barangan yang sama.

Menyedari perkara itu, DPP Pulai mengambil inisiatif untuk memberikan duit raya kerana inilah bantuan yang difikirkan perlu oleh para gelandangan menjelangnya hari-hari perayaan.

Tambahan pula, program seumpama ini amat wajar dilaksanakan menjelang aidilfitri bagi memberi peluang kepada anak-anak muda serta masyarakat bagi mendekati PAS melalui medium kesukarelawanan serta mendekatkan diri mereka dengan denyut nadi masyarakat yang kurang berkemampuan supaya dapat menyambut aidilfitri yang bakal tiba dengan sedikit persiapan daripada bantuan yang diberikan.