Home Artikel PAS Johor

EDAR BUBUR LAMBUK DI DUN PEMANIS,PARLIMEN SEKIJANG.

75 views
SHARE

EDAR BUBUR LAMBUK DI DUN PEMANIS,PARLIMEN SEKIJANG.

28 Mei 2019(Selasa):

Sempena bulan Ramadhan yang mulia iaitu bersamaan 23 Ramadhan 1440H,PAS Kawasan Sekijang dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang dengan kerjasama Wanita UMNO Bahagian Sekijang telah mengedarkan bubur lambuk di Kg.Jawa dan Bazar Ramadhan di Bandar Putra Segamat ,Johor yang terletak di kawasan Parlimen Sekijang .

Berazimatkan slogan ‘IZINKAN KAMI UNTUK TERUS BERBAKTI’, Sekijang telah diwakili oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Sekijang ,En.Maarof Bin Abd Mutalib dan beberapa orang AJK PAS Kawasan Sekijang yang lain .

Manakala dari DMPK Sekijang diwakili oleh Puan Normala Binti Sudirman yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Mala beberapa muslimat lain .Beliau merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor .

Turut bersama dalam menjayakan edaran bubur lambuk ini adalah Puan Rahana Binti Mohamed,Ketua Wanita UMNO Bahagian Sekijang dan pimpinan wanita UMNO Bahagian Sekijang .Mereka yang hadir ,anggun berbusana merah menyerlah menambah ceria dan seri program edaran bubur lambuk di petang Ramadhan yang mulia ini .

Kebersamaan menyantuni rakyat seperti ini amat penting antara dua buah parti teras ummat Islam antara PAS dan UMNO .
Situasi ini menyerlahkan lambang ‘PENYATUAN UMMAH’ demi ‘ISLAM’ serta keprihatinan dalam melaksanakan kerja -kerja kebajikan dan usaha murni ke arah kesejahteraan masyarakat .

Meskipun hujan renyai -renyai membasahi bumi Sekijang ,namun itu tidak mematahkan semangat untuk mereka terus berbakti kepada rakyat .

Ternyata orang ramai yang mengunjungi gerai di Kg.Jawa Segamat dan pengunjung di bazar Ramadhan Bandar Putra,Segamat begitu gembira menerima pemberian bubur lambuk ini tanda ingatan tulus dari kepimpinan PAS Kawasan Sekijang .

Sambil beramah mesra dengan penjual dan pengunjung gerai ,kepimpinan PAS Kawasan Sekijang kelihatan ceria menghulurkan bubur lambuk sambil berpesan agar mengamalkan perbelanjaan berhemah dan jauhi amalan pembaziran dan jangan boros apabila berbelanja sepanjang bulan Ramadhan .

Semoga gemblengan tenaga dan usaha murni dalam melaksanakan misi kebajikan antara dua buah parti ini,iaitu antara PAS & UMNO akan dapat diteruskan demi masa depan ummat Islam dalam persada politik negara pada masa akan datang.

‘PENYATUAN UMMAH DEMI ISLAM’.
‘ISLAM MEMIMPIN ‘.