Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat PAS Rai Kakitangan Harakah dan Pejabat Agung PAS

120 views
SHARE

Muslimat PAS Rai Kakitangan Harakah dan Pejabat Agung PAS

KUALA LUMPUR, 29 Mei : Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) diketuai oleh YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyampaikan duit raya sempena menyambut kedatangan Aidilfitri kepada kakitangan Harakah dan Pejabat Agung PAS.

Selain itu, turut diraikan staf Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Dewan Ulama’ PAS Pusat (DUPP) yang juga bekerja di Pejabat Agung PAS.

Turut hadir Naib Ketua DMPM, Ustazah Salamiah Mohd Noor, Ketua Penerangan, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Penolong Setiausaha 1, Puan Norhafiza Fadzil dan Pengarah Briged Muslimat, Cik Nuri Muhammad.

Ketua DMPM, Ustazah Nuridah mangambil peluang memberikan penghargaan kepada semua kakitangan yang telah bekerja sepenuh hati untuk Parti Islam se-Malaysia (PAS).

“Terima kasih atas komitmen yang telah diberikan sepanjang bekerja untuk PAS. Kami sangat menghargai usaha dan kesetiaan semua, teruskan berkhidmat untuk PAS hingga akhirnya.”