Home Artikel PAS Johor

Sumbangan Duit Raya Sempena Ramadan kepada Guru PASTI Kawasan Bakri

120 views
SHARE

Sumbangan Duit Raya Sempena Ramadan kepada Guru PASTI Kawasan Bakri

Bakri, 18 Ramadan 1440H
PASTI Kawasan Bakri telah menyempurnakan tugas murni menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada semua guru PASTI seluruh Kawasan Bakri.

Yang Dipertua PAS Kawasan Bakri, Ustaz Kamalulnizam Bin Mohd Suhut sempat meluangkan masa menyampaikan sumbangan tersebut kepada 48 orang guru PASTI dan pembantunya di seluruh Cawangan terlibat.

Turut hadir Setiausaha PASTI Kawasan Bakri, Saudara Iskandar Ghani bin Ismail dan Ketua Majlis Guru Pasti (MGP) Kawasan Bakri, Cikgu Azizah binti Alimat.

Kepimpinan PASTI Kawasan Bakri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru serta pembantu yang terlibat sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.