Home Artikel PAS Johor

Ceramah Perdana Badar Kubra PAS Bakri

174 views
SHARE

Ceramah Perdana Badar Kubra PAS Bakri

Oleh : Mahmood

BAKRI, 22 Mei : Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Bakri dengan kerjasama PASTI Kawasan Bakri telah menganjurkan Ceramah Perdana Badar Kubra
di Markaz PAS kampung Jeram Masjid, di sini.

Program dimulai dengan majlis berbuka puasa, tazkirah Maghrib, solat Isyak dan tarawih dan diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Anas Abu Umar selaku AJK Dewan Ulama PAS Negeri Johor.

Turut hadir, YDP PAS Kawasan Bakri, Ustaz Kamalulnizam bin Mohd Suhut bersama Ketua Urusan Ulama, Ustaz Zarul bin Salleh, Ketua Pemuda, Mohd Nahar bin Tasimin dan juga Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Normala binti Ali.

Kira-kira 50 orang hadir mendengar ceramah yang berkisar tentang Peperangan Badar yang tercetus pada bulan Ramadhan, yang mana para Sahabat diuji dengan dahsyat sebelum diberikan nusrah daripada langit. Melalui program ini, pihak penganjur berharap ia dapat memberi suntikan semangat bagi menghadapi PRU ke 15.

Penganjur program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program.