Home Artikel PAS Sabah

Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu Sapi edar makanan berbuka.

73 views
SHARE

Oleh : Julaila Ismail
24 Mei 2019

SANDAKAN : Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu Sapi menyantuni masyarakat sekitar Hospital Duchess Of Kent dengan mengedarkan makanan berbuka puasa semalam.

Lebih kurang 100 bungkus makanan disumbangkan kepada keluarga pesakit dan orang ramai yang berada di perkarangan hospital.

Program yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu mengedarkan makanan yang disumbangkan oleh individu yang tidak mahu dikenali dengan niat ingin didoakan dikurniakan zuriat yang soleh.

“Memberi makan orang yang berpuasa menyamai pahala orang berpuasa”, ucap Norsah sempat memberi peringatan kepada muslimat yang bertugas petang semalam.

Program yang bermula 3.30 petang semalam itu berakhir sekitar jam 4.15 petang sempat menyantuni dan bertanya khabar doktor dan jururawat yang bertugas.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengerusi Ameerah Batu Sapi, Nurul Husna Md Jani serta beberapa orang muslimat PAS Batu Sapi.