Home Artikel PAS Johor

Sumbangan bubur lambuk kali ke-3

76
SHARE

Oleh Ahmad Faris

SRI GADING, 27 April : Bukan sekali bukan dua tapi hari ini merupakan kali ketiga PAS Cawangan Parit Besar mengadakan aktiviti edaran bubur lambuk di cawangan mereka dalam bulan ini. Dua darinya dilakukan di dalam bulan Ramadan. Bezanya cuma kali ini PAS Cawangan menjemput Parti Perikatan Bersatu Malaysia (BERSATU) Kawasan Sri Gading untuk turut serta. Program ini diadakan bertujuan semata-mata untuk merealisasikan ramadhan bulan infaq dan bukti cakna rakyat.

Sama seperti aktiviti yang sebelumnya program ini mendapat perhatian dan sambutan ramai bukan sahaja ahli PAS tetapi penduduk kampung berkenaan. Seawal pagi mereka telah pun bergotong royong menyediakan bahan untuk untuk bubur lambuk. Aktiviti gotong royong memasak ini lebih popular di panggil rewang merupakan adat turun temurun penduduk kampung ini.

Edaran telah dilakukan usai solat asar. Edaran dilakukan di dua lokasi. Lokasi pertama di perkarangan premis perniagaan kedai pakaian Mohamad Aljofri yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Batu Pahat. Manakala lokasi kedua di simpang masuk ke Taman Flora berhadapan dengan kedai makan Beborak Café.

Parti Bersatu turut menyumbangkan beras dan bahan-bahan asas untuk bubur lambuk berkenaan. Syed Aljofri mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada PAS Cawangan Parit Besar kerana sudi mengundang BERSATU dalam program kali ini. Beliau mengharapkan kerjasama yang terjalin ini akan diteruskan demi ummah.

“Kami menyediakan hampir 700 bungkus bubur untuk diedarkan dan kami harap bubur ni menjadi asbab perkukuhkan silaturrahim sekampung” kata Ketua PAS Cawangan Parit Besar Suhaimi Misman. Aktiviti ini turut dibantu dan mendapat kerjasama baik dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading.

Turut bersama di dalam program ini ialah Setiausaha Pemuda PAS Negeri Johor Mohd Fairus Salleh, Ketua Pemuda PAS Kawasan Sri Gading Azrin Subari, Ahli Jawatankuasa Permuafakatan Komuniti Kampung Sukaini Ahmad, semua AJK PAS Cawangan dan AJK Pemuda Kawasan.