Home Artikel PAS Johor

Bantuan prihatin Muafakat Nasional

50
SHARE

Oleh Ahmad Faris

SRI GADING, 27 April : PAS Kawasan Sri Gading dengan kerjasama UMNO Bahagian Sri Gading telah mengadakan aktiviti sumbangan bantuan prihatin MN peringkat DUN Pt Yaani. Majlis yang berlangsung di Dewan Warisan Kampung Bindu telah berjaya mengumpulkan 30 orang penerima bantuan. Antara tujuan majlis tersebut dirancangkan adalah sebagai tanda keprihatinan Muafakat Nasional diatas kemelut yang sedang melanda rakyat hari ini.

Majlis serba ringkas yang dimulakan pada pukul 2.30 petang itu dihadiri oleh Naib Yang Di Pertuan PAS Kawasan Sri Gading Ust Fadzli Jamaludin, Ketua Pemuda PAS Kawasan Azrin Subari, Ketua UMNO Bahagian Dato Ali Sheikh Ahmad dan ADUN Parit Raja YB Nor Rashidah Ramli. Program tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat.

Seramai 30 orang penduduk Kampung Bindu yang terdiri dari Bangsa Melayu dan Cina telah diagihkan bantuan berupa beras, minyak masak, tepung, gula dan beberapa keperluan yang berjumlah hampir tiga puluh ringgit. Penyelaras Program Abdul Shukor Idris berkata, “sebagai sebuah kerajaan yang sedang mentadbir negara hari ini, kita akan sedaya upaya cuba hulurkan bantuan kepada rakyat. Kita tidak kira mereka siapa, yang penting rakyat mesti dibela sebagai bukti kebersamaan tanpa batas.

Kampung Bindu yang merupakan salah sebuah kampung di DUN Parit Yaani. DUN Parit Yaani dijangka akan ditandingi oleh wakil dari PAS untuk Pilihan Raya Umum ke15 yang akan datang. Manakala wakil rakyat yang memenangi kerusi pada PRU ke14 yang lalu ialah dari PAN.

Bersama dalam majlis bantuan sumbangan prihatin MN ialah AJK PAS Kawasan Sharom Tokachil yang mengiringi Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan.