Home Artikel PAS Johor

Baik pulih rumah dilanda ribut

50
SHARE

Oleh Ahmad Faris

SRI GADING, 27 April : PAS Parit Besar mengambil tanggungjawab kemanusiaan atas dasar persaudaraan di Bulan Ramadan ini dengan membantu baik pulih atap rumah salah seorang ahli qaryah di sini pagi ini. Bumbung rumah arwah Wak Yunus yang kini didiami oleh balu beliau Sadimah Ibrahim bersama anaknya diterbangkan angin dalam kejadian yang berlaku awal pagi 12 Ramadan semalam. Rumah mereka yang berada di hujung Kampung Parit Besar di dalam Parlimen Sri Gading dan berdekatan dengan sungai mungkin menjadi asbab diuji oleh Allah.

Dalam kejadian tersebut, angin yang kuat turut dirasai hampir semua penduduk kampung namun tiada yang ditimpa kemalangan dan kerosakan teruk. Kesan dari angin kencang itu dapat dilihat di kebanyakkan tempat. Malahan ia turut melanda kampung-kampung dan taman-taman berdekatan.

Ketua Cawangan PAS Parit Besar merangkap ahli jawatankuasa pelaksana komuniti kampung (JPKK) Suhaimi Misman bersama pasukanya telah turun padang seawal 8 pagi untuk membaiki bumbung dapur rumah berkenaan. Seramai hampir 10 orang ahli PAS dan penduduk kampung telah bersama mengembeleng tenaga dan berganding bahu.

Suhaimi Misman dalam temubual ringkasnya berkata, “kami cuba bantu apa yang kami mampu, lagipun sekarang musim hujan. lagipun bulan ramadhan ni bulan tarbiyah”. Suhaimi juga menggambarkan kerja mereka jauh lebih kecil berbanding perjuangan Rasulullah dan sahabat yang terpaksa berperang di bulan ramdhan. Semua kos baik pulih diperolehi dari hasil sumbangan ahli dan penduduk kampung yang prihatin.

Rumah tersebut akhirnya siap dibaiki dalam tempoh 2 jam setelah bermulanya gotong royong. Turut serta ialah Setiausaha JPKK Kampung Parit Besar Syukur Sidon.