PENGKALAN CHEPA, 3 Mei: Acara penyampaian sumbangan Bakul Ramadan kepada asnaf DUN Kijang telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary di perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
Seramai 880 asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik di dalam Parlimen Pengkalan Chepa menerima wang tunai dan barangan bernilai RM202,400 atau RM230 setiap seorang. Sumbangan secara pandu lalu dan pantas ini dibuat dalam masa tiga hari sehingga lusa yang melibatkan ketiga-tiga DUN dalam Pengkalan Chepa. Ia dimulakan dengan DUN Kijang dan kemudian diikuti dengan DUN Panchor dan DUN Chempaka.