Home Berita PAS Kelantan

Sumbangan Aidilfitri untuk barisan hadapan

128
SHARE

oleh Nik Azman Nik Mustafa

TUMPAT, 7 Mei: Seramai 300 orang petugas barisan hadapan peringkat DUN Pasir Pekan menerima sumbangan Aidilfitri daripada Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada Majlis Sumbangan Aidilfitri Peringkat DUN Pasir Pekan di Wisma Ibaadurrahman hari ini.

Menurut Ahmad Yakob yang juga ADUN Pasir Pekan, sumbangan ini sebagai meraikan petugas barisan hadapan yang telah bekerja keras sebelum ini membantu masyarakat sepanjang pandemik Covid-19.

Beliau turut menasihati rakyat Kelantan supaya sentiasa mematuhi SOP terutama menjelang musim perayaan ini dan banyakkan berdoa.

“Selain berusaha kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah SWT pada bulan yang penuh keberkatan ini semoga masalah yang sedang kita hadapi sekarang ini segera selesai,” katanya.