Home Berita PAS Kelantan

Sumbangan ad-hoc kepada armalah DUN Bunut Payong

199
SHARE
BUNUT PAYONG, 11 Mei: Pagi ni telah disampaikan sumbangan ad-hoc kepada armalah-armalah di dalam DUN Bunut Payong bertempat di Pusat Pembangunan Wanita Kelantan DUN Bunut Payong.
Seramai 800 armalah yang berdaftar telah menerima sumbangan tersebut dan disampaikan dalam majlis yang diadakan selama 2 hari.
Bagi mengelak kesesakan dan kehadiran ramai, kita telah bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan mereka perlu hadir mengikut masa yang ditetapkan. Penerima hanya perlu daftar kehadiran, terima sumbangan dan terus pulang..
Setiap penerima telah menerima bantuan wang tunai dari Kerajaan Negeri Kelantan dan beras sumbangan Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Hj Takiyuddin Haji Hassan.
Alhamdulilah dan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan majlis berlangsung dengan lancar dan tetap mengikut S.O.P yang ditetapkan.
.