Home Berita PAS Kedah

Sumbang Beras Sejahtera dan ziarah bersama ADUN Pedu

77
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

NAKA, 30 Nov – Yang Di Pertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz telah turun ke DUN Pedu bagi mengiringi ADUN Pedu Yang Berhormat Hj Mohd Radzi Md Amin ke program sumbangan beras sejahtera dan ziarah ke beberapa kampung sabtu baru-baru ini.

YB Mohd Radzi dan Ust Mohd Azam telah turun ke tiga kampung bagi menyampaikan sumbangan beras ke Kampung Padang Setol,Kampung Bagan dan Kampung Padang Kerasak.

Sesi pagi YB dan YDP turun ke Kampung Padang Setol bagi menziarahi tiga orang pesakit serta menyampaikan beras sejahtera dan sedikit sumbangan.

Menurut Ydp Ustaz Azam, tindakan YB pedu yang kerap turun cakna masyrakat kampung di sekitar dun pedu adalah sangat baik bagi menjaga kebajikan penduduk kampung.

Manakala di sebelah petangnya Ydp dan YB turun pula beri sumbangan kepada 10 penerima di Kampung Padang Kerasak dan 10 penerima lagi di Kampung Bagan bagi menyampaikan beras sejehtera.

Turut sama hadir mengiringi YB ialah Pengarah JPrP PAS Padang Terap, Ustaz Kyairul Syahfizan Zakaria , Petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pedu (PKWR) dan Jawatankuasa JPrD.